1. Memancing
di tebing berbatu adalah kawasan berpotensi menjinakkan ikan. Batu
atau karang di kawasan itu menjadi kegemaran ikan berlindung dan
memburu mangsa. Namun begitu, karang dan batu turut mendatangkan
masalah kepada pemancing lebih-lebih lagi jika kita memancing dari
tebing atau pantai. Masalah sangkut adalah lumrah di kawasan sebegini
lebih-lebih lagi jika memancing dasar. Ia hampir tidak dapat dielakkan
sepenuhnya jika kawasan batu itu mempunyai karang dan teritip. Walaupun
tiada jalan penyelesaian mutlak, pemancing boleh mengamalkan beberapa
teknik bagi menewaskan ikan batu karang di dasar. Antaranya:
a) Gunakan teknik pancing apollo
di mana ladung di bahagian bawah sekali. Jika tidak ingin kehilangan
ikan, tangsi yang diikat pada ladung harus lebih kecil daripada
perambut untuk mata kail. Oleh kerana ladung mencecah dasar, risiko
untuk sangkut adalah tinggi. Jika tersangkut, pemancing masih dapat
mata kail mahupun ikan kerana tali yang lebih halus akan putus terlebih
dahulu apabila tersangkut.
b) Teknik tanpa pemberat. Teknik ini
lebih sesuai jika kawasan berkenaan lemah arusnya atau arus menolak ke
arah laut. Umpan seperti isi ikan dipasang terus hingga menutupi
seluruh mata kail dan di lontar ke sasaran. Umpan ini akan mengambil
masa untuk sampai ke dasar. Ketika ia menjunam, umpan mudah menjadi
sasaran ikan dan pemancing perlu mengarau tali jika terdapat tanda ia
disambar. Sambaran dengan teknik pancing begini biasanya berlaku
pertengahan air dan kawasan di mana kadar sangkut mata kail adalah minimum.
c) Teknik menggunakan pelampung. Untuk teknik memancing
dasar menggunakan pelampung, pemancing harus bijak menentukan
kedalaman air setempat. Untuk teknik ini, jika umpan dapat dilabuhkan
kira-kira 1 hingga 3 kaki dari dasar maka potensi ia disambar adalah
tinggi. Jika terlalu rendah atau jauh ke dasar kemungkinan sangkut
adalah tinggi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar